Sunday, May 22, 2011

Latihan Ikatan 2011

Aktiviti : Latihan Ikatan
Tarikh : 21/5/2011
Penyelaras : En Zainuddin Bin Suyono
Tempat : SK Seri Sejati
Masa : 08.30 hingga 10.30 pagi




Kehadiran : 98 %
 Cikgu Emran & Pn Norazlina
 Group En Sapian dan Cik Wangi

 En Nani & Ustaz Raup
 Pn Guru Besar, sedang menunjukkan bakatnya dalam Putri Islam... Terima kasih cikgu...
 Kumpulan Haji Zaki & En Zainuddin
 Kumpulan Tn haji Sarkawi
 Wah.. wah En Fahmi siap baca manual... lagi












 Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan dapat menghadiri aktiviti ini, terima kasih kepada semua guru yang menjadi jurulatih dalam aktiviti ini...

Tuesday, May 17, 2011

Untukmu Guru

 Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat... terima kasih kerana menghiburkan kami ( guru )
Walaupun simple namun menghiburkan...

Program Soft Ball

 Kelas Tahun 5... mengikuti program asas permainan Soft Ball. Program bertujuan untuk pengenalan permainan berkenaan disamping mencari bakat.
Tahniah... dan terima kasih.

Sunday, April 3, 2011

Kawad Kaki

Pertandingan Kawad Kaki... merupakan pertandingan yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai, satu pasukan diperlukan 30 orang pelajar. Untuk menghasilkan pasukan yang mantap pastinya memerlukan latihan yang lebih kerap untuk menghasilkan keseragaman pergerakan. Ditambah pula dengan gerakan kawad formasi.... semakin rumit jadinya.
   Sekolah Seri Sejati pernah menjadi johan dalam pertandingan kawad peringkat Daerah Batu Pahat pada tahun lepas... namun pasukan yang tinggal sekarang untuk meneruskan perjuangan ini telah tiada. Pening saya dibuatnya... macamana saya nak mempertahankan kejuaraan Sekolah ini.. ditambah perpindahan jurulatihnya kesekolah lain....
   Di sini saya ingiun mempelawa bekas pelajar terutamanya yang ingin membantu pasukan kawad kaki sekolah Seri Sejati mempertahankan kejuaraan tahun lepas...

kiri... kanan...
kiri.. kanan.....
Baris akan menghadap kakanan... kanan pusing......................

Saturday, March 26, 2011

Monday, March 21, 2011

Pertandingan Bola Baling Zon Parit Sulong

 Bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, pada 21 Mac 2011 ( hari Isnin ).

Sebanyak 10 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan bawah 12 tahun yang menyertai pertandingan ini. Seramai lebih 30 guru yang terlibat sebagai pegawai dan pengadil sepanjang pertandingan ini.
 Pengelola peretandingan ( pengurus teknik ) Sekolah kebangsaan Tenaga Setia yang di ketuai oleh En Azizan & En Annam, tahniah kerana dapat menyelaras dan menguruskan pertandingan dengan baik.
Kepada pelajar yang terlibat.. tahniah.. walau panas tetap terus berjuang untuk sekolah masing-masing. Kepada guru pengiring tahniah anda telah menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.

Monday, March 14, 2011

Pertandingan Bola Baling MSSC Zon Parit Sulong

Tarikh : 21 Mac 2011
Masa : 08.00 pagi hingga 05.00 ptg
Tempat : SK Seri Sejati , Seri Medan